REVIEW : CuddleMeMummy Baby Carrier by Einaq/Einaqbu

Assalammualaikum.

Saya bukan peminat baby stroller. Pengalaman dengan Zharif yang tak suka baby stroller dulu memang buat saya macam rasa membazir je beli stroller ni. Mungkin sebab saya beli stroller murah, bukan berjenama, so Zharif tanak duduk dalam tu kot :p. Hihi. Lagipun saya rasa stroller ni memenuhkan bonet kereta yang tak berapa nak besar sangat tu. Nak lipat2 lagi stroller tu..haish..serabut mak tau..hehe byk alasan.

Untuk baby kedua ni saya bertekad memang tanak beli stroller dah. Stroller Zharif dah bagi sepupu dia. Tak kuasa dah nak g jauh-jauh nak ambil semula. Jadi lepas Ru'a Rafeeqah umur sebulan, lepas pantang la..saya research2 la pilihan baby carrier yang ada. Ada mcm2 rupanya jenis baby carrier ni, Baby Wrap la, SSC la, Sling Ring la...pohhhh..pening mak ni. Macam kena study Type of Aircraft Fasterners dah. Jadi dah pening sangat saya pun contact kawan je la. Tanye terus beza semua2. Haaaa kan senang ade toyol.

Dah banyak input dapat, setelah pikir macam-macam, dan berbincang dengan suami, saya pun rasa berminat nak beli Baby Wrapper. Main reasonnya, saya nak pakai sekarang jugak masa umur Ru'a sebulan lebih ni. Carrier lain selalunya untuk baby 4 bulan ke atas .Lama sangat nak tunggu tu. Nanti nak pergi shopping kat East Coast Mall camane.hehehe..

So, sekarang nak cari jenama apa pulak ni. Cari punya cari saya pun terjumpa la IG CuddleMeMummy_babycarrier (boleh tekan kalau nak tengok IG tu). Apa yang membuatkan saya tertarik dengan jenama ni 

satu - sebab dia Malaysian Made. by Anak Malaysia. Supportlah barang keluaran kita. :p
dua - feedback kat IG dia positif-positif.
tiga - sebab dia ada promosi COMBO masa ni, satu harga dapat baby WRAPPER and SSC. (Masa ni harganya RM200 untuk 2-2 brg)

haha. sebenarnya no 3 tu la yang paling penting kan. Combo2 ni mak suka sangat la. Jimat duit mak. Jadi tanpa berlengah saya pun whatapps la dieorang untuk dapakan keterangan lanjut.

Kepada yang tak tahu SSC tu apa, SSC tu stand for Soft Structured Carrier. Struktur nya ada padding, berjahit-jahit dan untuk sambungkan carrier tu dengan kita, design ni menggunakan buckle.(Nak tahu lebih lanjut term in baby wearing klik SINI ).SSC ni pilihan sesiapa yang malas nak berlilit bagai kain wrapper tu. And of cos, para suami la calon yang paling sesuai pakai SSC. Konfemla dieorang tak kuasa nak berlilit mcm kita yang penyabar ni kan. Jadi plan saya, disebabkan ade promosi combo time ni, saya akan carry Ru'a sampai 4 bulan guna baby wrapper, lepas 4 bulan boleh la ayah dia guna SSC pulak. Bijok tak saya?? Bijok??

Lepas dah pilih design (comel2 design die),buat pembayaran, barang pun sampai. Untuk pengetahuan semua, puan yang jual ni efektif sangat. Lepas dah post barang kita tu takde la dia diam je. Dia bagi semua info yang kita perlukan untuk belajar wrap baby kita, info and video, etc.Personal coaching pun ada. Whatapps je die bila-bila masa, bagi gamba ke ape, dia akan reply cepat whatapps kita untuk check betul tak kita wrap tu. Nora memang bagi 5 bintang la untuk aftersale service company ni. hihi..Untuk saya sendiri, 4-5 kali juga la dok cuba melilit-lilit wrap tu. Terlonggar la, ketat sangat la.But finally pandai jugak.

Bagi SSC, SSC yang jenama ni jual sebenarnya dari design carrier orang Jepun, Onbuhimo. Design ni ade satu buckle je kat dada so praktikal la untuk ibu mengandung ke, ayah perut buncit ke, atau ibu-ibu lepas bersalin secara C-section.Tak payah buckle kat pinggang. Kalau tengok video dia memang mudah, macam pakai beg skolah je.Tapi saya tak boleh review banyak la pasal SSC ni, sebab saya sendiri belum guna. Simpan dulu sampai Ru'a umur 5 bulan.


Parcel dah sampai. Kiri tu SSC, Kanan Baby Wrap.


Selepas beberapa kali percubaan. Masa ni nak pergi dinner kat KFC Kijal. Masuk kereta je Ru'a terus tertidur. Dalam KFC pun memang langsung tak sedar.Boleh makan dengan tenang. Recommended sangat !
Ok sampai sini sahaja review saya. Ru'a dah 5 bulan nnti saya review SSC pulak ya. Terima kasih baca ! :):)


Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor
013-2907540.

No comments:

Post a Comment