Assalammualaikum.

Apa khabar kawan- kawan semua. Hari ni saya nak kongsikan doa untuk kita bertawakkal kepada Allah.

 



Diriwayatkan dengan membaca doa ini pada 7 kali setiap pagi dan setiap petang, InsyaAllah segala cita-cita kita akan dimakbulkan Allah. Aminn..

Semoga Bermanfaat. Wassalam.

Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor
raihanazafril@gmail.com
Assalammualaikum.
Sape kenal saya, mesti tahu saya ni jenis manusia kuat makan. Pantang je tengok post kat FB atau IG tentang makanan, laju je lepas tu ajak suami cari kedai nak cuba. Kadang -kadang kalau ikut suami outstation, memang perkara pertama nak google adalah tempat   makan best kat sana. Pendek kata semua mende lah saya nak makan, tolak kayu dengan batu je, yang lain semua saya telan. Hihihihi.
Tapi, tipulah kalau saya kata saya tak risau saya jadi gemok. Atau bahasa saintifik nya jadi obese. Tahu jela kan, obesiti ni petanda kita bakal mempunyai macam-macam penyakit. Risau jugak saya, nanti umur tak sampai 40an lagi, hidup dah bergantung pada macam-macam drugs nak survive. Nauzubillahiminzalik.
Entry kali ni saya nak kongsikan bagaimana nak kira BMI (Body Mass Index) untuk mengetahui berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian badan kita. Dengan menggunakan kiraan BMI ni, kita boleh la tahu kita ni dah obese ke, baru nk masuk obese ke atau simply underweight. Jadi bolehlah kita buat tindakan susulan lepas tu kan.
Ini formula BMI nya.
Formula BMI

 
Ok contoh kiraannya macam ni; 
** Si polan mempunyai berat sebanyak 63kg dan ketinggian sebanyak 157cm.
**  Mula-mula tukarkan 157cm tu kepada meter. 1 meter bersamaan 100 cm.
       So, 157 cm kena bahagikan kepada 100, nilainya adalah 1.57meter.
** Kemudian 1.57m kena darab 1.57meter (seperti formula) = 2.46
** Last sekali 63 (berat) bahagi 2.46 = dapatlah BMI sebanyak 25.6.
Selepas dapat nilai BMI tu, boleh lah kita cross refer dengan jadual di bawah ;
Jadual Analisis BMI
   
Nilai BMI 25.6 termasuk ke dalam golongan overweight (pre-obese). Makanya kesimpulan yang dapat dibuat ialah si Polan ni tadi dah nak masuk golongan obese lah ni.
Gitula caranya nak kira BMI kita. Tapi kiraan BMI ni bukanlah penanda aras untuk tunjukkan kita sihat atau tak sihat. Bergantung juga pada tahap kehidupan kita, samaada aktif, atau tidak aktif. 
Contohnya kalau kita normal weight, tapi naik tangga sikit pun dah pancit, tu bermakna badan kita ni tak berapa sihat la. Jantung terpaksa kerja keras untuk pump darah ke badan kita masa naik tangga tu, could be kita kolestrol tinggi. 
Oleh sebab itu, mohle kita jaga KESIHATAN sama -sama ye. Kira dulu BMI korang berapa, pastu buat plan bagaimana nak tingkatkan lagi tahap kesihatan kita, tak kiralah dengan menjaga DIET atau BERSENAM. Semoga Bermanfaat. (^_^).


Raihana Abdul Aziz
Independant Shaklee Distributor.
013-2907540.



Innalillahiwainnalillahirojiun...

Berita kematian Allahyarham Dato Harun Din di pagi ini menyentuh hati saya. Saya tak pernah bersua muka dengan Allahyarham Dato', saya hanya mengenalinya melalui TV dan youtube. Ceramah-ceramah beliau penuh pengisian ilmu agama, dan yang paling buat saya sampai berjujuran air mata adalah ceramah apabila beliau bermimpi bertemu Rasulullah SAW. 

Sungguh, beliau adalah orang-orang yang soleh. Hanya orang yang soleh dipilih untuk bermimpi bertemu Rasulullah. Syaitan tidak akan mampu menyerupai Rasulullah walaupun dalam mimpi. Sedih. Sedihlah kita kerana kehilangan seorang lagi orang soleh dalam bumi Malaysia ini. Dan bukankah sudah dikatakan, antara petanda hari khiamat itu orang-orang yang soleh akan diambil Allah seorang demi seorang.? 

Allah rahmatilah roh Dato Harun Din. Semoga  memberi ganjaran syurga buat beliau. Ameen. Bersempana kematian Allahyarham Dato Harun Din hari ini, saya kongsikan cara mengerjakan solat jenazah, bagi panduan kita semua yang masih hidup.Ilmu ini saya ambil dari buku Panduan Beramal Ibadah keluaran syarikat Darul Nu'man.

SOLAT SUNAT JENAZAH

1.Lafaz dan niat ( pada Takbir Pertama)
 

2. Membaca Surah Al-Fatihah.

3. Membaca Allahuakbar sambil mengangkat takbir kedua, diikuti dengan selawat ke atas nabi Muhammad SAW (bacaan dlm duduk tahiyat akhir); 
 

4. Membaca Allahuakbar sambil mengangkat takbir ketiga, diikuti dengan doa berikut;
 

5. Membaca Allahuakbar sambil mengangkat takbir keempat, diikuti doa berikut;
 

6.Memberi salam.

Doa-doa selepas solat jenazah.

1) Jenazah dewasa lelaki 



2) Jenazah dewasa perempuan
 
sambungan ;
 

Erti doa Jenazah Lelaki/Perempuan. 

 
3) Jenazah kanak-kanak lelaki.

 

4) Jenazah kanak-kanak perempuan.

 
sambungan;

 

Erti doa jenazah kanak-kanak lelaki/perempuan.

 

Semoga bermanfaat. Wassalam.

Raihana Abdul Aziz
Independant Shaklee Distributor



Assalammualaikum.

Hari tu semasa saya schrolling2 news feed di Fb, ternampak pula satu video menyentuh perasaan dari Ustaz Ebit Lew. Siapa tak kenal ustaz Ebit Lew. Seorang ustaz yang sangat lemah lembut atur cara percakapannya, dan sentiasa menyuruh kita membentuk keluarga bahagia yang diredhai Allah. Video yang dikongsikan kali ini pula berkenaan dengan SOLAT SUNAT DHUHA.

Solat sunat dhuha memang sinonim dengan mereka yang memerlukan bantuan Allah supaya dimurahkan rezeki. Tetapi dengan solat sunat dhuha juga, segala masalah dapat diselesaikan. Dalam ceramah ustaz Ebit Lew tu, ada disebutkan tentang seorang sahabat yang ayahnya meninggalkan hutang dengan sangat banyak apabila ayahnya tu meninggal dunia. Tapi semua masalah tu dapat diselesaikan dengan mengamalkan solat sunat dhuha. Yakinlah kepada Allah, dengan solat 2 rakaat, Allah bantu kita selesaikan semua masalah.

Jadi, sempena hari yang penuh barakah ni, saya ingin kongsikan cara mengerjakan solat sunat dhuha. Ilmu ini saya dapat dari buku Panduan Beramal Ibadah keluaran syarikat Darul Nu'man.

Solat sunat dhuha boleh dikerjakan 2,4,6 atau 8 rakaat, 2 rakaat tiap-tiap satu salam.Waktu solat ini ialah selepas waktu solat sunat Israq sehinggalah gelincir matahari masuk waktu Zohor.Sayyidatina Aishah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW solat sunat dhuha 4 rakaat, dan baginda menambah seberapa yang beliau kehendaki.

Lafaz niat solat sunat dhuha:
 

Bacaan Surah: 

Kaedah 1:
Rakaat pertama - Selepas Surah Al-Fatihah, baca surah As-Syamsi.
Rakaat kedua - Selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Lail.

Kaedah 2:
Rakaat pertama - Selepas surah Al-Fatihah, baca Ayat Al-Kursi sebanyak 7 kali.
Rakaat kedua - Selepas surah Al-Fatihah, baca surah Al-Ikhlas sebanyak 11kali.

Kaedah bacaan surah-surah diatas tidaklah dimestikan.Bacaan surah-surah lain yang anda sudah hafal juga dibolehkan.

Selepas memberi salam, bacalah kalimah tasbih di bawah ini sebanyak 10 kali.

 

Akhir sekali bacalah doa berikut :

 

sambungan doa,

 

marilah kita sama-sama amalkan solat dhuha ni ya. Semoga Allah mudahkan masalah kita, dan bantu selesaikannya. Semoga Allah juga murahkan rezeki kita. InsyaAllah.

Raihana Abdul Aziz
Independant Shaklee Distributor