Ikan Tenggiri Goreng Habbatus Sauda

Assalammualaikum.

Hari ni hari last hubby kerja before his off day. Tonight kitaorang dah nak balik
kampung. So any leftover bahan basah dalam peti selalunya saya akan habeskan. Today ada 2 ketul ikan tenggiri.

Tapi duk fikir fikir nak masak apa lagi ya ikan tenggiri ni. Kari dah buat, lemak cili api dah buat, sambal pun dah buat. Arghh boringlah, kita goreng je la ikan tenggiri ni. Tapi alamak serbuk kunyit dah habes la pulakk..

So saya scan lagi sekali apa yang ada. Tiba-tiba nampak habbatussauda. Pikir dalam hati hentam je la resipi hari ni..Yang penting takda lauk yang dibazirkan. So terciptalah lauk ikan tenggiri goreng habbatussauda.

Bahan-bahannya;
  1. Ikan tenggiri
  2. Garam
  3. Habbatussauda
  4. Serbuk thyme
Cara masakan;
  1. Tumbuk garam, habbatussauda dan serbuk thyme dalam lesung batu.
  2. Lepas tu lumurkan pada ikan
  3. Goreng ikan sampai masak.
Tadaaaa..dah siap..

 

Semudah ABC. And surprisingly anak saya suka sangat. Makan dengan nasi putih panas-panas. 2-2 ketul ikan tenggiri tu dia yang punya. Saya dapat la sesuap dua.

Rasanya lepas ni boleh la buat lagi. Lagipun amalkan habbatussauda pun memang elok kan. Hihi. Okay sampai sini sahaja. Wassalam

JANGAN LUPA AMALKAN SHAKLEE UNTUK HIDUP SIHAT (^_^)

Raihana Abdul Aziz
SID
raihanazafril@gmail.com.

No comments:

Post a Comment