Pengalaman Kerap Kali Diserang Bengkak Tonsil

Assalammalaikum wbt.



Sejak dari kecil saya merupakan kanak-kanak yang kerap kali demam. Seringkali mak saya menceritakan saya sangat mudah demam, dalam seminggu boleh dikira hanya beberapa hari saya akan sihat. Asalkan silap sikit, seperti bermain panas, tak akan tunggu lama, suhu badan saya akan naik.

Apabila dewasa, demam-demam ini masih juga terjadi pada saya. Stok strepsil memang saya akan sentiasa topup, kerana demam selalu akan datang bersama sakit tekak yang sangat perit. Sampai nak telan air liur pun sakit. Kalau ke dokter juga selalu lah akan dapat antibiotik dan juga ubat kumur untuk bunuh kuman. Dah biasa sangat, sampai kadang-kadang saya tak pergi jumpa dokter pun, dah pandai beli ubat sendiri di farmasi.

Begitulah keadaan saya dahulu apabila selalu terkena penyakit Bengkak Tonsil (Tonsilitis). Akibat sudah selalu kena dan mendapat keterangan dan nasihat dari dokter, saya mempunyai pengetahuan serba sikit tenang penyakit ini. Jom saya terangkan untuk pengetahuan anda semua.



Apakah Bengkak Tonsil (Tonsilitis) ?




Allah menjadikan badan kita serba serbi sempurna. Ada sistem pernafasan, sistem penghadaman, sistem perkumuhan dan macam-macam lagi. Tak lupa juga sisem pertahanan badan untuk melawan benda-benda asing yang berbahaya kepada tubuh kita seperti bakteria dan virus.

Tonsil merupakan salah satu organ dalam sistem pertahanan kita. Ia merupakan sejenis tisu limfoid, yang terletak di dalam tekak, sebagai askar melindungi badan kita untuk melawan 'musuh' (bakteria/virus) yang masuk melalui mulut.

Namun begitu, sekiranya 'musuh' itu terlalu kuat, tisu itu sendiri akan diserang dan menyebabkan ia menjadi merah dan membengkak juga mendatangkan rasa sakit dan pedih yang dipanggil sebagai bengkak tonsil ataupun tonsilitis. Kadang-kadang, demam juga akan datang bersama.




Tindak balas ini adalah normal. Ini menunjukkan sistem pertahanan kita sedang bekerja. Dan sepatutnya tonsil kembali surut selepas beberapa hari. Namun begitu, sekiranya ia berlanjutan sehingga seminggu, ataupun ia kerap kali berlaku, ini menunjukkan sistem pertahanan badan kita adalah lemah dan sesuatu harus dilakukan.



Simptom atau Tanda-Tanda Tonsil Bengkak.


Tanda yang paling mudah adalah rasa perit dan pedih di tekak sehingga menelan air liur juga pedih. Mengikut pengalaman saya pula, saya merasakan seperti ada batu besar yang duduk di tekak saya. Rasa mencucuk-cucuk, dan paling seksa ketika waktu tidur, saya akan terjaga setiap kali ingin menelan air liur.

Tanda-tanda lain adalah;-


  1. Demam yang sangat tinggi (ada sewaktu di bangku sekolah, saya sampai meracau)
  2. Sakit badan dan sakit kepala.
  3. Suara garau atau hilang suara.
  4. Mulut berbau hanyir dan busuk.
  5. Berdengkur sewaktu tidur.


Komplikasi Tonsil Bengkak


Penyakit tonsil bengkak ini selalunya tidak merbahaya. Tetapi sekiranya tempohnya terlalu lama, pesakit akan hilang selera makan dan berat akan turun mendadak. Pesakitnya akan kekurangan zat dan ini boleh mendatangkan bahaya.




Tak lupa juga ada pesakit yang boleh terhenti nafasnya sewaktu tidur akibat salur pernafasan yang sempit kerana tonsil yang membengkak. Ini dipanggil sebagai sleep apnea

Jadi pesakit wajib mendapatkan rawatan awal terutamanya kepada kanak-kanak atau bayi. Kanak-kanak dan bayi tidak tahu mengadu akan kesakitan mereka, eloklah dibawa kepada dokter untuk diperiksa dan mendapatkan rawatan yang sesuai.


Rawatan Bengkak Tonsil


Selalunya, apabila datang ke klinik, dokter akan memeriksa tekak saya dan melihat sekiranya saya mempunyai bengkak atau kemerah-merahan pada tonsil. Dan selepas itu saya selalunya akan mendapat 

ubat demam - untuk demam dan tahan sakit.

lozenge - untuk kebaskan tekak (kadang-kadang saya beli di farmasi sebab klinik punya tak berkesan), so bolehla saya makan nasi  :)

antibiotik - kalau dah lama sangat, kena bantuan untuk bunuh kuman.

ubat kumur - ubat kumur paling berkesan saya pernah guna adalah jenama Betadine. 


Ada juga nasihat dokter untuk membuang terus tonsil tersebut secara pembedahan (bukan pengalaman saya). Proses ini dipanggil sebagai tonsillectomy. Ini akan dilakukan oleh pakar ENT dan adalah jalan akhir sekiranya pesakit terlalu kerap terkena bengkak tonsil. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit kekuatan sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.


Prosedur Tonsillectomy



Rawatan Alternatif Untuk Mengelakkan Bengkak Tonsil Kembali.


Penyakit bengkak tonsil ini menunjukkan yang sistem pertahanan badan kita adalah lemah. Jadi satu-satunya cara untuk mengurangkan risiko ia kembali adalah dengan meningkatkan sistem imun badan. Antibiotik sememangnya membantu badan membunuh kuman yang datang, tetapi, penggunaan yang kerap juga akan membuatkan sistem imun badan semakin lemah kerana tidak bekerja.

Antibiotik juga membunuh segala bakteria termasuk bakteria baik yang diperlukan dalam sistem penghadaman dan perkumuhan. Dan ini juga menyebabkan sistem badan kita akan terganggu.

Jadi bagaimana ingin meningkatkan sistem imun badan?



Dengan makanan! Makanan adalah sumber paling penting untuk meningkatkan imun. Pilihlah makanan yang tinggi Vitamin C, Polifenol dari buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan, dan Minyak Ikan Omega-3, untuk mengurangkan risiko bengkak ataupun radang.


Penggunaan herba seperti Bawang Putih juga terbukti boleh membantu meningkatkan imun badan secara semulajadi. Pengambilan nutrien-nutrien tersebut dari vitamin/supplement juga amatlah digalakkan. 


Pengalaman Diri Sendiri


Saya mula bervitamin selepas melahirkan anak kedua. Itupun akibat luka jahitan saya tidak sembuh-sembuh walaupun sudah 2 bulan berlalu. Saya bermula dengan mengambil Vitamin C Shaklee setiap hari sehingga saya sembuh.

Sejak itu, saya sentiasa mengamalkan Vitamin Shaklee dan sehingga kini (anak berusia setahun) alhamdulillah saya tidak lagi menghidapi penyakit bengkak tonsil. Malah, saya dapat rasa perbezaan anak pertama dan kedua saya. Anak pertama seringkali demam tetapi anak kedua lebih kuat antibodinya. Kemungkinan besar dari susu badan yang lebih berkhasiat kerana bervitamin. Alhamdulillah dengan izin Allah juga.

Di sini juga saya sertakan pengalaman pengguna-pengguna vitamin Shaklee yang berpuas hati mengurangkan penyakit bengkak tonsil mereka.










Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Penyakit Bengkak Tonsil.


Gambar berikut merupakan cadangan vitamin Shaklee untuk meningkatkan imun badan orang dewasa dan kanak-kanak bagi mengurangkan risiko penyakit bengkak tonsil dan melegakan simptom-simptomnya.






Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin Shaklee untuk meningkatkan imun badan yang bersesuaian dengan bajet anda, hubungi saya di talian 013-2907540. Atau, anda boleh beli terus dengan klik gambar di bawah.




Saya merupakan pengedar Shaklee  bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093. Dan saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia.






12 comments:

  1. Oh my, thanks for this article. I would have not know the even if i have the white spot in my mouth.

    ReplyDelete
  2. Heard of this sickness, i know one of my relative have them, should ask them to read onthis

    ReplyDelete
  3. The pictures you show are so scary! I always consume vitamin to help.

    ReplyDelete
  4. Very good health information. Now I know more about this.

    ReplyDelete
  5. Kalau selalu sakit memang tak selera makan kan? Bila saya dpt ulcer pun dah tak nak makan. Memang kena jaga makanan/minuman kita

    ReplyDelete
  6. I didn't know it can be so serious! Thanks for sharing though, the ulcer on the tonsil looks scary!

    ReplyDelete
  7. Saya dulu pun sering dpt tonsil bila demam tapi bila hisap lozenge lega sikit... mmg klu ada tonsil perlu ambi antibiotic ...

    ReplyDelete
  8. nasib baik I don't have this problem.. my mom had my tonsils removed when I was a small kid

    ReplyDelete
  9. this is good to know. thank you for sharing

    ReplyDelete
  10. Aiyoyo... selalunya dengar kawan-kawan ada masalah tonsil tapi tak tau begitu seksanya mereka. Takut pulak bila dah baca simtom-simtom!

    ReplyDelete
  11. such an informative post! had it before I think but of mild case so ever since then I always have my vitamins and water on a daily basis ^^

    ReplyDelete
  12. I kena before, it was really painful and annoying :(

    ReplyDelete