Mengendalikan Anak Tantrum - Review Buku Parenting

Semalam Zharif buat hal...

Ada la sesuatu terjadi, yang membuatkan dia marah dan nangis dan cakap " Zharif tanak kawan ibu, pergi jauh-jauh", sambil jatuhkan botol air..tantrum la pendek kata.

Dan apa ibu buat? Mula-mula pujuk elok-elok, tapi tak berkesan lama-lama ibu pun jadi godzilla.. Menengking Zharif untuk suruh diam kan..Yela ibu nak drive lagi..adik lagi..serabut ibu tengok perangai dia.


.

Tapi dalam buku THE WHOLE BRAIN CHILD ni..cara ibu tu salah..Bila ibu menengking macam tu ibu hanya menambah kemarahan dia dan disebabkan dia tak boleh luahkan perasaan dia, lama-lama dia boleh jadi pendendam..

Selain otak kiri dan otak kanan, manusia juga ada otak bahagian atas, dan otak bahagian bawah.

UPSTAIR BRAIN
- planning
- thinking 
- imagining

DOWNSTAIR
- anger (marah)
- fear (takot)
- blinking
- breathing

 

Bila anak kita tantrum, otak bawah dia sebenarnya dah hijacked otak atas dia, sampai dia tak boleh berfikir lagi, so jadila adengan guling ke, tumbuk2 ke dan sebagainya.

Buku ni bukanlah satu buku manual untuk buat anak kita wise macam orang besar terus, tapi instead kita asyik fokus untuk diam kan saje dia, kita sebagai parents kena tackle masalah dia dengan suruh dia gunakan ke semua bahagian otak dia. Bagi dia exercise kesemua bahagian otak.

So everytime tantrum macam ni terjadi, biar kan dia lepas kan kemarahan dia. Sambil dia marah kita trigger upstair brain dia, contohnya macam ni;

Scene Nak Mainan Tak Dapat:

✖️Menggalakkan downstair brain

Anak : Mommy, Saya Benci Mommy!

Mommy : Kau jangan jadi anak kuang ajar g main jauh-jauh, aku cepuk muka ko kang!

✔️ Menyambungkan downstair brain dan upstair brain

Anak : Saya benci mommy!

Mommy : Marahnya anak mommy. Kamu marah sebab kamu tak dapat mainan power rangers tu ke?

Anak : Ye la. Saya nak power rangers tu. Nanti boleh lawan-lawan.

Mommy : Power rangers tu tak jual hari ni. It's OK kamu marah dan kecewa. Tapi dari kamu nangis-nangis, baik kita pikir sama-sama camana nak buat.
Apa kata kita lukis super rangers balik rumah nanti pastu kita main lawan-lawan sama- sama nak? 

Dengan cara kat atas ni kita tanak dia fokus kat otak bawah je sebaliknya ajak dia naik kat otak atas sekali.

Guna kedua-duanya supaya otak dia lebih matang.

Susah ke nak buat gaisss???
Susah la der.. Kadang-kadang buat 10 kali pun tak tentu lagi boleh tenangkan dia. Betul tak??

Tapi itulah parenting. Nak besarkan anak memang la susah. Kalau mudah maksudnya memang la bukan kita yang besarkan anak tu, kita tengok je orang lain besarkan.

Sebenarnye skill atas tu tak sampai 10% pun buku ni cerita. Macam-macam lagi ilmu dalam buku untuk kita mengenal otak anak kita dan kita sendiri juga.

Ada jugak tantrum anak guna otak atas tau..contohnya guling-guling dalam mall sebab nak beli coklat. Tu die gunakan strategi untuk dapatkan apa yang dia nak. Hebatkan anak kite??

Hahaha..g la kedai buku beli buku ni. Ana dah beli dari Zharif umur setahun. Tapi kena baca balik sebab banyak dah lupa. Tu yang berenang ke lautan hindi tu...

#TsunamiShaklee
#LiveAmazing
#MakMakNakBesarkanAnak

 

No comments:

Post a Comment